Jun 28, 2011

Durian

   Aku pun tak ingat, datuk dan nenek aku pergi mana. Yang aku ingat, malam tu dekat rumah ada Umi, dengan aku 3 beradik. Kakak aku mengada-ngada ajak sembahyang berjamaah.

   Tengah sembahyang, "kedebuk!". Bunyi durian jatuh. Rumah kampung, setakat pokok durian, depan rumah aja. Rasa macam nak lari capai lampu suluh, pergi cari durian. Baru bujang! Tapi tak boleh, tengah solat.

   "Assalamualaikum warahmatullah", pandang kanan.
   "Assalamualaikum warahmatullah", pandang kiri.


Dengan muka keliru bersuara, "Umi, tadi ada durian jatuh ke?"

   "A.ah, Epah dengar ada tadi masa sembahyang" Kakak aku jawab.

   "Awi tak dengar ke tadi?" Umi tanya.

Dengan muka beriman, aku jawab. "Tak dengar pun. Awi time sembahyang tak dengar ape ape, khusyuk"

..........

Masa 8 , 9 tahun. Alim-alim kucing. =P

1 comment:

Atyn Roslan said...

Alolololololo baiknya dia :D