Dec 27, 2010

Permulaan Baru

    Lepas SPM, aku dapat matrik. Dekat Melaka. Seumur hidup, tak pernah nampak datuk aku sedih. Pagi tu lain. Masa aku salam datuk aku, dia menangis. Sorok-sorok. Aku perasan. Aku buat relax.

   Dalam kereta, air mata aku keluar tak berhenti. Separuh perjalanan aku menangis. Aku tahu datuk aku sedih tak dapat hantar aku ke matrik. Aku sedih dia tak dapat ikut, lagi sedih tengok dia menangis.

1996. Naif.
   Hari ke-2 dekat matrik, kakak aku SMS. "Awi, Abib masok hosp. Abah otw amek Awi balek. Awi pergi isi borang berhenti matrik, masuk uniten". Kebetulan dapat tawaran buat foundation di Universiti.

..........

  Habis peperiksaan akhir, balik rumah. Datuk aku tak sihat. Boleh jalan, boleh makan, semua boleh. Tapi tak aktif. Kalau dulu hisap rokok 2 kotak sehari, kali ni hisap setengah batang, dia padamkan api rokok sambil cakap "rokok ni tawar".

   Lima hari aku tidur sebelah datuk aku. Hari ke-5 datuk aku bangun sebelum subuh. Mulut dia asyik cakap "badan tak sedap". Aku sembang dengan datuk aku sambil mak aku buat apa yang patut, ambil air. Buatkan susu.

   Datuk aku bangun, duduk atas sofa. Nenek aku baca ayat sikit-sikit sambil tanya datuk aku. "Aku nak baring dekat tengah rumah" Datuk aku cakap. Dia aku betul-betul tak larat. Air mata aku dah berjurai-jurai, aku angkat datuk aku ke tempat yang dia nak baring.

   Aku dan adik bacakan yassin. Lagi 3 ayat sebelum habis bacaan aku, datuk aku menghembuskan nafas yang terakhir.

..........

   Sambung ijazah, juga di universiti yang sama. Selama ni setiap keputusan peperiksaan, datuk aku orang pertama yang tanya. Bila datuk aku pergi, aku dah tak risau. Tak risau dengan apa-apa. Fokus hilang. Semester 2, aku ambil keputusan berhenti.

..........

   "Abib. Besok pagi Awi pergi Perak. Kali ni, Awi takkan main-main. Ini permulaan baru Awi"


Dec 20, 2010

English (Part II)

The glory goes on and on. Being in form 5 (2006) and still one of the student ..... Part 1

..........

   After SPM, I'm pursuing my study in local university. There, I am not an english genius anymore. Most of the student came from big cities and my english are like nothing compared to their's.

   English is one of the subject I'm taking during my first semester. I really enjoy the subject. We only have to do presentation and group work. Now I can wave goodbye to all those lengthy essays and homework back in school days.

   The true colour of my lecturer are shown moving to the second month. She only focused on a group of her favourite student and often offended the others. She even once mentioned to the class that she wanted her baby to look similar to one of her favourite student. Some student (including me) called her "Maiziha Sangap".

   English is not my favourite subject anymore. As a result, I only managed to get C+ and until now I put the blame on her.

..........

Draf sebelum tulis kat sini. ;)


Dec 17, 2010

"Marilah Pergi, Hari-Hari"

Cakap seorang-sorang
Hati: Pergi mana?
Awi: Masjid.
Hati: Eleh. Baru pergi sekali.
Awi: Ok, tukar. "Marilah pergi, sekali-sekali". *nyanyi macam iklan radio*
..........


Jemur sayur ...
Jadi Acar Rampai.

Ayam masak merah, menyamar jadi kari.

Nasi beryani, seperiuk ...

Siap!!

Macam makanan kantin.

Ke masjid!
"Ok Pakcik Shaharom, I'm on my way!"
 ..........

   Ada makan-makan sikit dekat masjid. Untuk arwah Abib(datuk), & kesyukuran aku sambung belajar balik. Aku team up dengan Babah, buat nasi beryani dengan acar rampai. Umi incharge buat kari.

   "Ni bukan kari lah" Umi jerit.
   "Abes, kenape warna ni?" Semua orang keliru.
   "Santan banyak, baru sedap" Umi jawab, tegas.

   Ok, jangan gatal mulut nak tanya macam-macam kalau tak nak kena bebel.

..........

Dekat masjid ada roti jala dengan bubur asyura.
Semua masuk perut.


Kenyang.
Amat Kenyang.
Sangat Kenyang.

Dec 15, 2010

English

   Untuk menyahut seruan Budu Dan Belacan dan untuk tujuan kebaikan, entri ini ditulis dalam bahasa inggeris.
..........

   What do you feel when people around you comunicate in english? For me, I'll get jelous and started asking myself, how come they're so good in english? Poyo kah mereka? What they eat everyday, KFC? Starbucks? Haha. The curiosity usually drag me to the bookstore, passionate to grab some english book as the first step to improve my english. I always end up with buying some silly magazine. Not english books.

   Back in the school days, english is my favourite subject. Thanks to my 1st english teacher,Cikgu Ramlah. She strikes me with her magical cane 'hujung pecah-pecah ada ikat getah', just because I wrongly spelled 'chicken' to 'chickhen'. Since then, there's no turning back. I aced every monthly test with excellence and once awarded with ..
 
   jeng jeng jeng...

   At home, nobody allowed to speak in malay from 8 to 9 pm or we will be completely ignored. Sadly, it only went well for quite some times. Later on, everything went back as before. No more english hour. Failed attempt. Not affected by that, my english continue improving. Cikgu Ramlah 'Magical Cane' long lasting effect, really works.

   The glory goes on and on. Being in form 5 (2006) and still one of the student who excel in english, all my english teachers look up to me. "With great power, comes great responsibility". English is my one and only selling quality, so I channel my 'power' in a good way. To impress my crush, I helped her to do her oral test script.

Perempuan, biasalah. The news spread with a lightning speed. Kene lah jadi cikgu tusyen kawan-kawan dia sekejap.

...........

   Now I can say that the graph of my proficiency in english experienced a great decreased after my SPM. This is my first english writing attempt in 4 years.
Feels so awkward & pretty bad

Any comments guys?

Dec 13, 2010

Klasik



STAR.
Darjah 1 Delima. Cikgu Ramlah.

   Muka tak bersalah.
Pernah berak dalam seluar masa perhimpunan, lepastu buat muka macam dalam gambar.

Dec 12, 2010

Bulan Madu

   Masa naik tingkatan 4 dulu, tersangat lah seronok. Orang selalu kata tingkatan 4 ni tahun honeymoon. Lepastu selalu lah cikgu-cikgu bebel  "awak jangan ingat awak boleh honeymoon". Pakcik makcik pon selalu nasihat "jangan nak honeymoon honeymoon".

   
   Aku bukan kisah sangat pasal honeymoon tingkatan 4 ni. Pasal... Dari tingkatan 1, memang aku honeymoon. :) Keputusan PMR & SPM pun ke bulan juga lah.

..........

   2005 masuk tingkatan 4. Sekali bulan Febuari tu nenek aku pergi KL. Nak bedah mata bagi buang rabun semua. Aku tinggal lah dengan datuk. Mak aku datang hantar lauk je. Apa yang aku buat dekat rumah datuk aku, mak aku tak tanya.

   Datuk aku nak makan, aku hidangkan. Kalau lauk mak aku tak berapa sedap, aku masakkan nasi goreng. Kadang-kadang datuk aku mintak maggi. Datuk aku tengok cerita Gerak Khas, aku baca buku.. sikit.. sambil main SMS.. banyak. Tu rutin harian.

   Datuk aku tidur, aku pon nak tidur lah. Kemas barang serba sikit, masuk bilik. Ahh, tak boleh tidur pulak. Main SMS lagi. Alamak, partner SMS takda credit pulak. Apa lagi, telefon je. Jam dah pukul 5 pagi. Buat-buat tidur, kejap lagi mak aku datang nak kejut.

   "Awi, bangun".
   "Umi, malas lah pergi sekolah. Pening la" Aku balas.
   "Dah lah. pergi balik rumah sambung tido"

Aku balik rumah, sambung telefon.


Seronok siot!!

Dec 8, 2010

Filem : Hidup Seperti Sebuah Rumah

"Seen from a distance, it's perfect"
...........

   Sam. Seorang yang bermasalah, tinggal dengan ibunya serta ayah & dua adik baru. Ayah kandung Sam, Gorge baru kehilangan kerja, mendapat tahu dia mempunyai barah. Gorge perlu memperbetulkan kesilapan lampau lalu mengajak Sam tinggal bersama sepanjang cuti, dan membina rumah idamannya... Bersama.

...........

"You're gonna spend the summer with me!"

"I'm having a problem with cancer."
"Sam. There was like 20 people working on your dad's house"




Life as a house.

I always thought of myself as a house. I was always what I lived in. It didn’t need to be big, It didn’t even need to be beautiful. It just needed to be mine. I became what I was meant to be.
I built myself a life... I built myself a house.

*****

Dec 5, 2010

Duit




What would you say to a girl who left you for a guy with money. 
You wouldnt say, "wish you luck there sweety". You know you will say "Fuck You".

-Bruno Mars
A Different Spin with Mark Hoppus | 21 Oct 10

Dec 2, 2010

Harapan Tahun Baru 1

Sebulan lagi, masuk tahun 2011. Wajib ada senarai azam tahun baru. Jadi,


   Tahun 2011. Aku nak jadi ganas macam ini



Eh, ni skema. Tapi nampak ganas jugak lah kan.




Ni ganas sikit. Ape? Tak cukup ganas?


My name is Coby Dick
Mr.Dick. If you're nasty.


Jacoby Shaddix.
Ganas kan?
2011, nak jadi macam ni lah. Hehe.

Dec 1, 2010

Cerita: Awi

   Awi keluar dari rumah dengan perasaan geram. Dia melangkah laju ke rumah nenek yang hanya 7 langkah dari rumah nya.

..........

   "Babah tengok cerita ape?"

   "Tah lah, Babah tengok je. Nah.. " Jawab Babah sambil menghulur alat kawalan jauh Astro. "Tukar la cerita ape-ape yang Awi nak nengok." Sambung Babah.

   "Babah bela Awi tiga beradik dari kecik, dah macam anak sendiri ..." Babah bermula bicara.
Nampak seperti akan ada perbualan serius petang ini. Terbawa-bawa dengan perasaan geram dari rumah, Awi tidak langsung menjawab. Tiada lawak-lawak biasa. Petang ini Awi serius.


   "Kalau mak kita sendiri dah tak percaya kat kita, walaupun kita dah berubah, tak boleh buat ape-ape lah. Awi kene tunjuk yang Awi dah berubah"

   Awi tersentak dengan kata-kata Babah. Babah seakan-akan tahu apa yang ada dalam hatinya. Memang dia dah berubah. Jauh berubah jika dibandingkan dahulu. Tapi ......

*****

  

Mengaji

Mood alim.

   Dari budak hingusan, dah berapa kali aku tukar cikgu mengaji. Sekarang, mengaji sendiri. Senang. Kalau salah,terus je. Bukan reti nak ulang balik bagi betul. Lepastu, tak ada jadual. Rajin, baca. Malas, tak baca.


   Sedia maklum, benda-benda baik ni jarang lah nak rajin. Kalau ada tukang ajar siap pegang rotan, bagus. Lagi best lepas mengaji, hidang goreng pisang. Lagi pula tukang ajar tu ada anak perempuan, lawa, Fuhh! berganda-ganda keseronokkan mengaji.

   Tapi tak pernah pulak dapat pengajar mengaji macam ni. Yang dapat cuma:


Tok Nek
Cikgu mengaji pertama. Masa tadika. Ada gigi emas sebatang. Aku pelajar paling cemerlang, pergi mengaji berlenggang-kangkung. Satu mukaddam aku hafal.
   Bila dah bosan baca benda sama hari-hari, malas pergi mengaji. Walaupun dapat upah.


Tok Ngaji (tak tau nama)
Selang dua rumah dari rumah Tok Nek. Dah naik Al-Quran. Baca biasa-biasa,bukan pelajar cemerlang lagi. Lepas mengaji, beli askem. Balik.
   Bosan.


Ami Salleh
Ajar macam tak ajar. Baca sehelai-dua, habis. Balik, beli ABC. Ada sekali ponteng mengaji, cakap dekat mak,pergi mengaji. Nasib tak baik,kantoi. Berhenti.


Nenek Ngaji
Cara ajar terbaik. Sekali ajar, 3 orang terus. Aku baca sebaris,langkah dua baris. Bila Tok Ngaji ni pandang, aku baca mcm biasa. Tak pandang, langkah dua baris. Kalau hardcore lagi, langkah lima baris.
Satu hari nenek tu tegur "Awak ingat tok tak perasan awak lompat-lompat ye". Lepas tu takde langkau dah. Kalau malas,tak datang terus. ;)

..........


   Darjah 5, lepas khatam & khatan, mengaji sendiri.

   Mengaji sendiri tu lebih kurang je dengan 'tak mengaji'. Tapi takde lah sampai tak belek langsung.