Jun 28, 2011

Durian

   Aku pun tak ingat, datuk dan nenek aku pergi mana. Yang aku ingat, malam tu dekat rumah ada Umi, dengan aku 3 beradik. Kakak aku mengada-ngada ajak sembahyang berjamaah.

   Tengah sembahyang, "kedebuk!". Bunyi durian jatuh. Rumah kampung, setakat pokok durian, depan rumah aja. Rasa macam nak lari capai lampu suluh, pergi cari durian. Baru bujang! Tapi tak boleh, tengah solat.

   "Assalamualaikum warahmatullah", pandang kanan.
   "Assalamualaikum warahmatullah", pandang kiri.


Dengan muka keliru bersuara, "Umi, tadi ada durian jatuh ke?"

   "A.ah, Epah dengar ada tadi masa sembahyang" Kakak aku jawab.

   "Awi tak dengar ke tadi?" Umi tanya.

Dengan muka beriman, aku jawab. "Tak dengar pun. Awi time sembahyang tak dengar ape ape, khusyuk"

..........

Masa 8 , 9 tahun. Alim-alim kucing. =P

Jun 22, 2011

Moodle

You know what your problem is?

   What?

You're a 'moodle'.

    A 'moodle'?

A man-poodle. Girl, they want to take you out on a walk. They want to feed you. They want to cuddle you.
But make no mistake, no girl wants to do the moodle.


She's Out of My League
2010

Poodle

Jun 17, 2011

Syukur

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah

Syukur
RAIHAN

Jun 13, 2011

Saya Rasa Vanilla

Kalau hari-hari makan Munchy's Romeo, muak jugak.
Tapi, aku ada penyelesaian.

Mari kita buat Vanilla Romeo, semudah 1,2,3.

Bahan-bahan nya. Romeo & aiskrim vanilla.


Sebelum keluarkan Romeo, picit-picit, ramas-ramas. Bagi hancur biskut coklat tersebut.


Tabur dalam semangkuk aiskrim vanilla.

Makan.

Sedap Dohhhhhh!

Jun 12, 2011

Romeo

Bas pelajar lelaki dah lepas. Jadi, aku dengan seorang kawan naik bas perempuan. Aku duduk dekat tangga bas, depan pintu, ambil angin. Ada perempuan yang jahat mulut panggil aku "Mat Romeo".

Aku bukan romeo, tak ada gaya romeo, tak ada bakat jadi romeo sebab aku pemalu. Haha!
  
   Sekali lagi,
   Ada perempuan yang jahat mulut panggil aku "Mat Romeo".

   Aku fikir-fikir dan minggu ni aku sedar memang aku Mat Romeo.

   Jangan salahkan aku.


Biskut Romeo dari Munchy's ni sedap!
RM2.20. 1 kotak ada 5. Memang tak cukup lah.

Saya berbangga menjadi Mat Romeo!

Jun 8, 2011

Roh Cyndi Lauper.

Dekat satu jam mengadap Ipod. Main game Jungle Crash Land, dah lavel 32.
Jam dah pukul 4, customer baru berapa kerat. Bosan.

   "Kena bukak kasut ke ni?"

Wah, pelanggan. Awek cun. Bertukar ke mood jiwang.
   "Eh, takyah bukak. Tak payah bukak kasut."

*Cyndi Lauper - Time After Time*
Lying in my bed I hear the clock tick and think of you.
Caught up in circles, confusion is nothing new.

    "Kertas ni satu berape?"

Time after sometime you pictured me.
I'm walking too far ahead.

   "Satu 3 posen." Dengan senyuman. :)

You're callin' to me.
I can't hear what you've said.

   "Nah. Terima kasih."

   "Sama-sama. Datang lagi."

Then you said, "Go slow, I fall behind"
The second hand unwinds

If you're lost you can look and you will find me.
Time after time.
If you fall I will catch you, I'll be waiting.
Time after time.

..........


"Kenapa lagu tak habis lagi?"
Eh, macam mana lah boleh terpasang lagu jiwang masa ada pelanggan.
Dah macam klip video.
Loko punya Ipod.

Jun 5, 2011

Friendster - Testimonial Geli Geleman.

Sebelum ni aku siarkan Friendster Testimonial dari kawan sekolah yang sudah berpindah, lepas tujuh tahun jumpa balik dan boleh lepak sama-sama.

   Sekarang, testi zaman belum matang. Dalam 4 ke 5 tahun lepas. Kelakar. ;)

Facebook boleh ke buat bear macam ini? :P
Boi? Asam boi?
Bie?
Baby, baby, baby ohhhhh!
Baby, baby, baby yeahhh..

   Kelakar kan?
   Comel pun ada. :)

..........

   Aku malas nak letak contoh-contoh testimonial yang aku pernah bagi dekat orang lain. Dengan tulisan kECiK beSar KeCik BeSAr, ejaan yang bukan-bukan, tentu kena kutuk gila-gila. Haha :D

Jun 3, 2011

Friendster

   Terdengar ura-ura yang Friendster akan bersihkan akaun, dengan kelajuan kilat, aku pun ambil semua gambar yang ada di Friendster. Tiba-tiba 'ter' rajin nak baca satu-satu testimonial yang ada. Ada beberapa yang menarik perhatian.

Dari Aisyah :)


2007 - "when will i have da chance to meet u??!!"
Aku patut jawab : "2010" ;)

Kawan baik.

Masa kemalangan skuter.
Aisyah akan jadi Doktor 2 tahun lagi. Doktor Haiwan ;)

2010, 3 tahun lepas tu. Friendster tu apa? Facebook tahu lah. Haha


Lebih kurang ja Friendster dengan Facebook ni.
Connecting People :)

..........

   Lepas temuduga, tak tukar pakaian, terus pergi makan. Dah macam baru balik kerja, masa tu. ;)