Feb 10, 2011

Tukul & Paku

   "Awi, kamu ni macam tukul & paku. Sekali ketuk,masuk. Lepas tu, ketuk lagi."
-Cikgu Zanariah


   "He that is good with a hammer tends to think everything is a nail."
-Abraham Maslow

..........

   Selalunya, memang kena ada orang push, baru aku buat kerja dan aku memang suka pertahankan diri bila kena kritik. Kalau tak menjawab depan-depan, jawab dalam hati.

Oh, ini perangai dari kecil. Dah sebati dalam diri.

  


   Macam mana nak ubah?

Feb 5, 2011

Cuti Semester Amat Seronok....

 ....masa belajar dekat UNITEN dulu.

    Sabtu Ahad wajib balik. Bukan hari minggu pun, kalau rasa nak balik, terus balik. Setakat mid-sem break, dah tak rasa apa. Masa cuti, kalau rasa malas duduk rumah, gerak Bangi. Kira cuti tu tak beharga.

..........

   Sekarang. Tak seronok!
Cuti pertengahan semester, yang pertama kali dekat sini, baru habis. Masa nak balik kampung, memang excited. Rasa macam duduk luar negara, nak balik beraya.

   Tapi, kampung banjir. Bandar semua tutup. Segala plan nak buat itu ini semua tak jadi. Assignment pun banyak yang tak berusik. *bukan sebab malas.Kedai tutup,barang tak boleh beli*

Banjir hari pertama.
Hari ke-2, air naik separuh kedai.
    Memang betul-betul turned off.

Balik UiTM Perak awal dua hari.
Takpe. Cuti semester Mei - September nanti, aku balas dendam. Cuti sakan!



*Gambar diambil dari FB kawan.

Feb 3, 2011

Bodoh

   Manusia bodoh adalah manusia yang tidak pernah belajar dari kesilapan.


Kau belajar dari kesilapan?