Nov 24, 2010

Raya

Intan Ladyana ada dalam TV3 petang-petang. Cerita Seribu Kali Cinta.

Intan Ladyana pakai baju kurung.
Kenapa dia pakai baju kurung. Dah nampak ayu sangat. Tak boleh lupa.

Intan Ladyana kena amnesia.
Kenapa dia hilang ingatan. Nampak baik, lurus & naif. Tak boleh lupa.

Intan Ladyana cakap slang utara.
Aaaa. Tak boleh lupa.
Sikit hari lagi boleh terbawa-bawa dalam mimpi ni. Bahaya.

Dialog Intan Ladyana : "Antara dua. Kamal Adli ke, Awi. Susah
nak pilih ni".
Rasa-rasa aku kena susun strategi nak tambat hati Intan Ladyana ni. Eawah!!
Intan Ladyana 1

Nov 21, 2010

Senarai Keinginan (Wishlist)

   Hujung Disember,aku belajar tempat baru. Kena lah ada barang baru sikit-sikit kan? Baru logik. Bukan hujung semester baru beli barang baru ye! ;) Cik Aisyah .
Ok! Kita mulakan dari atas.

1. Cermin Mata
Evisu
Skema. Secara otomatik nampak bijak, rajin & baik.

2. Beg
Nike Heritage SI Track
Boleh letak nota, laptop, oversized wallet dan lain-lain. Pakai beg ni dengan cirmin mata di atas, peluk buku nota tebal, jalan laju-laju. Gerenti nampak skema tahap 'darjah 1 tak kenal dunia kaki belajar 4 flat punye'.

3. Jam Tangan

Aisyah dah beli yang Brown Rabel. Nanti nampak 'sehati-sejiwa' sangat. Jadi, sebagai pilihan ke-2 adalah:


Yang ini aku dah mengidam dalam setahun lebih jugak lah. Belum pernah ada Casio G-Shock sejak kecil. Kalau Casio fx-570MS, banyak.

4. Kasut

Supra Stacks
The Stacks (Royal/Blue). Meleleh air liur kan? Sepatutnya duduk no. 1 dalam senarai. Paling dikehendaki!


Supra Bandit

Kalau Bandit ni ada sama warna dengan Stacks, aku beli Bandit.
..........

Ini pula barang yang rasanya belum mampu dimiliki walaupun dengan usaha keras.

1. Blackberry Torch

Tak perlu diperkenalkan. Kalau tak kenal juga, sila Google. Sebagai alternatif :

Sony Ericsson Vivaz Pro
Wah, Keypad macam Sony Vaio. Apa?! Kamera 8 megapiksel. Eh eh, boleh rakam video HD!.
Dah cukup canggih dah rasanya. Cuma tak cool lah tiada Iphone atau Blackberry. Hehe ;)

 

   Yang terakhir, sangat-sangat tipis harapan untuk dapat. Dah mengidam paling lama, dari umur 15. Sekarang 21. Masih tak dapat-dapat. Ini dia, hanya satu-satunya (the one and only) :

Honda Civic EF9
Bersegi & Ganas. Menggiurkan.
 Duduk diam dah nampak laju. :)



..........


 

   Itu saja wishlist aku. Anda bagaimana?



Nov 18, 2010

Raya Haji

20 Disember 2007

   Balik solat sunat Aidil Adha, makan. Bersiap balik kampung Seremban. Naik kereta, terus tidur. Separuh perjalanan, buka mata. Pelik, macam dekat Tangkak. "Nak ikut highway kot". Sambung tidur.

"Awi,bangun. Dah sampai" nada biasa.

Celik mata, "Ape buat kat Melaka Mall ni?" Aku tanya, nada luar biasa.

Adik aku jawab "Nak nengok wayang".

   Rasa macam malu, satu keluarga pergi tonton wayang (National Treasure:Book of Secrets).
Tengah hari & Raya Haji. Sungguh tak sopan. Haha

..........


2010

Tak pergi tonton wayang.
Habiskan masa di rumah. Makan, makan, makan, makan, makan (Ye! 5 kali makan).

Cuma sembahyang raya tahun ni pelik. Rakaat ke-2, imam tak angkat takbir 5 kali sebelum Al-Fatihah.
Lupa agak nya.

Nov 17, 2010

Kemahiran Hidup

2003

   Waktu rehat macam biasa. Bukan ke kantin, lepak belakang kelas. Sembang, mengarut. Nanti waktu belajar, baru ke kantin. Pelajar cemerlang mesti belajar banyak, otak ligat, perut lapar.

   Dari jauh nampak Proton Wira putih menyusur. Kereta Cikgu Mohidam, masuk ke perkarangan sekolah. Cikgu Mohidam megajar kemahiran hidup. Dia ada ladang nenas di Pontian dan pernah bawa sebakul nenas dengan kicap. Memang baik lah.
..........

   Seperti kanak-kanak riang, aku dan 3 kawan mengejar kereta Cikgu Mohidam sambil jerit,gelak,maki, lengkap semua. Kejar, kejar,kejar. Ketuk kereta. Cikgu main hon. Ketuk kereta. Cikgu main brek. Ketuk kreta lagi, cikgu pecut. Tak terkejar.

   Mat tiba-tiba diam lalu patah balik menghala ke tempat lepak,duduk.

"Hoi Mat. Jom pegi bilik KH!"

Tiada jawapan.

"Ko kenape dol? Tetiba je" aku tanya.

Mat juihkan bibir ke arah kasut.
Kasut dia putih melepak tapi ada kesan tayar kereta.
"Kaki kena lenyek" Jawapan ringkas Mat.


Nov 15, 2010

Anjing (Bahagian 1)

 "Weh, jom cari karo!"
  "Jom!" laungan semangat dari Jono.
..........

   
   Misi penjelajahan skuter bermula. Keluar dari pintu kolej. Tanpa arahan, terus menuju ke Serdang.


"Beb. Takde pon karo"
 "Alah. Mesti ade punye port dieorang celah-celah ni. Sabar,separuh dari iman"
"Takde lah, jom la pergi sane pulak"

   Seri Kembangan. Pusing kawasan South City Plaza, Equine Park, dan beberapa kawasan tak dikenali. Tiada apa-apa.



"Ni tempat cina, takde karo"
 "Alamak. Bosan la, boling jom. Warta!"
"Cun!"


   Sampai di rumah ke-2. Warta Bandar Baru Bangi. Lupa kan karo sekejap. Masa untuk bersaing.
Selesai main boling. Menang kalah belakang kira.  Macam biasa, penat bersukan, tekak rasa kering. Perut rasa lapar. Pergi pula ke mamak Hassan. Dulu seberang Hassan ni belum ada McD. Sekarang dah ada.
   Kenyang dah.


"Weh, boring la. Tadi kate ade karo"
 "Em, jom lah!"


   Bergerak ke kawasan perindustrian. Kawasan ni memang tiada apa. Tenang. Tiada orang langsung. Eh, ada seorang. Sedang duduk. Pegang tali anjing. Puas memerhati, tuan anjing seperti orang Indonesia. Anjing pula kecil, comel dan langsung tidak membahayakan.




Tapi tiba-tiba anjing kecil meluru, menyalak kecil. Terkam kaki! Ye, kaki!
Skuter bergerak seperti ular kena palu. Ke kiri, ke kanan. Laju, perlahan. Dalam 5 minit, anjing tersebut diam.



    "Weh, aku rasa aku kene gigit lah tadi"
     "Ye ke? Jom lah balik"

  ...........

   Sampai bilik, duduk atas katil masing-masing. Termenung. Termenung. Termenung.


 
"Weh,boring la balik. Ape barang. Jom cari karo!" sekali lagi laungan semangat dari Jono. Kali ini, die punya idea.
 "A.ah. Tak bujang la balik awal. Jom!"

p/s: "jom cari karo" adalah ayat yang dituturkan sewaktu bosan. Dengan lebih tepat, membawa maksud "boring lah,jom keluar".

Nov 14, 2010

Muzik

   Aku tak dengar muzik dari kumpulan yang pelik-pelik. Apa yang orang tahu, itu yang aku tahu. Adalah beberapa band yang aku minat. Kebanyakan main genre punk. Bukan punk ganas. Ini punk pop punye! Haha.
..........
Simple Plan



   Masa keluar dulu, memang menggila lah. Suara mcm teran-teran sikit. Memang aku minat lah muzik & gaya dia orang. Tiap-tiap malam walkman dekat telinga. Masa tu aku masih pakai kaset. Tahun 2003 lebih kurang.

   Satu hari aku dengar Simple Plan kembali dengan album baru. Ada kolaborasi dengan Timbaland. Pelik. Takkan lah Simple Plan nyanyi R&B. Buat kajian, imej terkini. Pierre ada tatu penuh di tangan. Sumpah aku doa harap-harap tatu tu tipu punye! Doa aku tak makbul. Haha.

Good Charlotte
   Seangkatan dengan Simple Plan. Gaya tak boleh tiru. Ingat lagi, sorang kawan internet aku pada masa tu, Najla tanya, "Ko dah nengok video clip GC, Hold On". Rumah aku tak langgan Channel V, MTV semua. Jadi aku tunggu klip video dia orang keluar dekat Hitz.Tv. Lambat.


   Sekarang muzik GC macam dah rock sikit. Pakaian pun dah berubah. Tak macam dulu punye!


   Aku masih lagi dengar lagu SP & GC. Bukan yang baru, tapi yang lama.

..........

Nov 6, 2010

Baru

   Alamat blog baru. Semua serba baru. Sempena Deepavali & Hari Raya Haji akan datang.

Aku ada import  beberapa entri daripada blog sebelum ni.
Langkah pertama aku dalam blog ni,  follow blog sendiri.
Kemudian, chat sendiri dekat 'kotak mengumpat' sebelah ni.


   Lepas ni, pembaca aku lah pulak yang follow & mengumpat di sebelah ni ye!


Selamat Datang Kawan!