Nov 7, 2011

Diam

   Aku tak suka karaoke tapi aku suka melalak sorang-sorang dalam kereta.

Balik dari McD

"Orang nak awak nyanyi"

"Tak pandai." Aku jawab.

   Jari menekan butang radio, cari lagu yang sesuai.
   Aku tekan, dia tepis. Disuruh fokus pada pemanduan.

       I'm the kind of man who shows concern, yes I do.
         Anyway that I can please you let me learn
         So I wanna know

         "Lagu ni, lagu ni. Lagu ni orang tahu." aku teruja.

Aku cuba ikut. Dari perlahan, semakin yakin, semakin kuat.

         Baby what I gotta do to please you.

Terdiam. Radio teruskan pusingan lagu.

        Baby everything you say I'll do
          Cause I only wanna make you happy
          From the bottom of my heart, It's true

Aku masih diam.

Dia diam

   Aku diam,  Kalau belum terlambat, ayat-ayat itulah yang aku mahu sampaikan kepada dia.

   Dia diam, aku tak tahu. Mungkin kerana aku diam. Mungkin fikirkan sesuatu. Mungkin ...

"Ahh, tukar lagu lain lah. Ambik kaset dalam tepat tu." Memecah kebuntuan.

Jerit. Serak. Ketawa. Gembira.
Tutup cerita.


Cerita dua bekas, bila jumpa.