Dec 27, 2010

Permulaan Baru

    Lepas SPM, aku dapat matrik. Dekat Melaka. Seumur hidup, tak pernah nampak datuk aku sedih. Pagi tu lain. Masa aku salam datuk aku, dia menangis. Sorok-sorok. Aku perasan. Aku buat relax.

   Dalam kereta, air mata aku keluar tak berhenti. Separuh perjalanan aku menangis. Aku tahu datuk aku sedih tak dapat hantar aku ke matrik. Aku sedih dia tak dapat ikut, lagi sedih tengok dia menangis.

1996. Naif.
   Hari ke-2 dekat matrik, kakak aku SMS. "Awi, Abib masok hosp. Abah otw amek Awi balek. Awi pergi isi borang berhenti matrik, masuk uniten". Kebetulan dapat tawaran buat foundation di Universiti.

..........

  Habis peperiksaan akhir, balik rumah. Datuk aku tak sihat. Boleh jalan, boleh makan, semua boleh. Tapi tak aktif. Kalau dulu hisap rokok 2 kotak sehari, kali ni hisap setengah batang, dia padamkan api rokok sambil cakap "rokok ni tawar".

   Lima hari aku tidur sebelah datuk aku. Hari ke-5 datuk aku bangun sebelum subuh. Mulut dia asyik cakap "badan tak sedap". Aku sembang dengan datuk aku sambil mak aku buat apa yang patut, ambil air. Buatkan susu.

   Datuk aku bangun, duduk atas sofa. Nenek aku baca ayat sikit-sikit sambil tanya datuk aku. "Aku nak baring dekat tengah rumah" Datuk aku cakap. Dia aku betul-betul tak larat. Air mata aku dah berjurai-jurai, aku angkat datuk aku ke tempat yang dia nak baring.

   Aku dan adik bacakan yassin. Lagi 3 ayat sebelum habis bacaan aku, datuk aku menghembuskan nafas yang terakhir.

..........

   Sambung ijazah, juga di universiti yang sama. Selama ni setiap keputusan peperiksaan, datuk aku orang pertama yang tanya. Bila datuk aku pergi, aku dah tak risau. Tak risau dengan apa-apa. Fokus hilang. Semester 2, aku ambil keputusan berhenti.

..........

   "Abib. Besok pagi Awi pergi Perak. Kali ni, Awi takkan main-main. Ini permulaan baru Awi"


Dec 20, 2010

English (Part II)

The glory goes on and on. Being in form 5 (2006) and still one of the student ..... Part 1

..........

   After SPM, I'm pursuing my study in local university. There, I am not an english genius anymore. Most of the student came from big cities and my english are like nothing compared to their's.

   English is one of the subject I'm taking during my first semester. I really enjoy the subject. We only have to do presentation and group work. Now I can wave goodbye to all those lengthy essays and homework back in school days.

   The true colour of my lecturer are shown moving to the second month. She only focused on a group of her favourite student and often offended the others. She even once mentioned to the class that she wanted her baby to look similar to one of her favourite student. Some student (including me) called her "Maiziha Sangap".

   English is not my favourite subject anymore. As a result, I only managed to get C+ and until now I put the blame on her.

..........

Draf sebelum tulis kat sini. ;)


Dec 17, 2010

"Marilah Pergi, Hari-Hari"

Cakap seorang-sorang
Hati: Pergi mana?
Awi: Masjid.
Hati: Eleh. Baru pergi sekali.
Awi: Ok, tukar. "Marilah pergi, sekali-sekali". *nyanyi macam iklan radio*
..........


Jemur sayur ...
Jadi Acar Rampai.

Ayam masak merah, menyamar jadi kari.

Nasi beryani, seperiuk ...

Siap!!

Macam makanan kantin.

Ke masjid!
"Ok Pakcik Shaharom, I'm on my way!"
 ..........

   Ada makan-makan sikit dekat masjid. Untuk arwah Abib(datuk), & kesyukuran aku sambung belajar balik. Aku team up dengan Babah, buat nasi beryani dengan acar rampai. Umi incharge buat kari.

   "Ni bukan kari lah" Umi jerit.
   "Abes, kenape warna ni?" Semua orang keliru.
   "Santan banyak, baru sedap" Umi jawab, tegas.

   Ok, jangan gatal mulut nak tanya macam-macam kalau tak nak kena bebel.

..........

Dekat masjid ada roti jala dengan bubur asyura.
Semua masuk perut.


Kenyang.
Amat Kenyang.
Sangat Kenyang.

Dec 15, 2010

English

   Untuk menyahut seruan Budu Dan Belacan dan untuk tujuan kebaikan, entri ini ditulis dalam bahasa inggeris.
..........

   What do you feel when people around you comunicate in english? For me, I'll get jelous and started asking myself, how come they're so good in english? Poyo kah mereka? What they eat everyday, KFC? Starbucks? Haha. The curiosity usually drag me to the bookstore, passionate to grab some english book as the first step to improve my english. I always end up with buying some silly magazine. Not english books.

   Back in the school days, english is my favourite subject. Thanks to my 1st english teacher,Cikgu Ramlah. She strikes me with her magical cane 'hujung pecah-pecah ada ikat getah', just because I wrongly spelled 'chicken' to 'chickhen'. Since then, there's no turning back. I aced every monthly test with excellence and once awarded with ..
 
   jeng jeng jeng...

   At home, nobody allowed to speak in malay from 8 to 9 pm or we will be completely ignored. Sadly, it only went well for quite some times. Later on, everything went back as before. No more english hour. Failed attempt. Not affected by that, my english continue improving. Cikgu Ramlah 'Magical Cane' long lasting effect, really works.

   The glory goes on and on. Being in form 5 (2006) and still one of the student who excel in english, all my english teachers look up to me. "With great power, comes great responsibility". English is my one and only selling quality, so I channel my 'power' in a good way. To impress my crush, I helped her to do her oral test script.

Perempuan, biasalah. The news spread with a lightning speed. Kene lah jadi cikgu tusyen kawan-kawan dia sekejap.

...........

   Now I can say that the graph of my proficiency in english experienced a great decreased after my SPM. This is my first english writing attempt in 4 years.
Feels so awkward & pretty bad

Any comments guys?

Dec 13, 2010

Klasik



STAR.
Darjah 1 Delima. Cikgu Ramlah.

   Muka tak bersalah.
Pernah berak dalam seluar masa perhimpunan, lepastu buat muka macam dalam gambar.

Dec 12, 2010

Bulan Madu

   Masa naik tingkatan 4 dulu, tersangat lah seronok. Orang selalu kata tingkatan 4 ni tahun honeymoon. Lepastu selalu lah cikgu-cikgu bebel  "awak jangan ingat awak boleh honeymoon". Pakcik makcik pon selalu nasihat "jangan nak honeymoon honeymoon".

   
   Aku bukan kisah sangat pasal honeymoon tingkatan 4 ni. Pasal... Dari tingkatan 1, memang aku honeymoon. :) Keputusan PMR & SPM pun ke bulan juga lah.

..........

   2005 masuk tingkatan 4. Sekali bulan Febuari tu nenek aku pergi KL. Nak bedah mata bagi buang rabun semua. Aku tinggal lah dengan datuk. Mak aku datang hantar lauk je. Apa yang aku buat dekat rumah datuk aku, mak aku tak tanya.

   Datuk aku nak makan, aku hidangkan. Kalau lauk mak aku tak berapa sedap, aku masakkan nasi goreng. Kadang-kadang datuk aku mintak maggi. Datuk aku tengok cerita Gerak Khas, aku baca buku.. sikit.. sambil main SMS.. banyak. Tu rutin harian.

   Datuk aku tidur, aku pon nak tidur lah. Kemas barang serba sikit, masuk bilik. Ahh, tak boleh tidur pulak. Main SMS lagi. Alamak, partner SMS takda credit pulak. Apa lagi, telefon je. Jam dah pukul 5 pagi. Buat-buat tidur, kejap lagi mak aku datang nak kejut.

   "Awi, bangun".
   "Umi, malas lah pergi sekolah. Pening la" Aku balas.
   "Dah lah. pergi balik rumah sambung tido"

Aku balik rumah, sambung telefon.


Seronok siot!!

Dec 8, 2010

Filem : Hidup Seperti Sebuah Rumah

"Seen from a distance, it's perfect"
...........

   Sam. Seorang yang bermasalah, tinggal dengan ibunya serta ayah & dua adik baru. Ayah kandung Sam, Gorge baru kehilangan kerja, mendapat tahu dia mempunyai barah. Gorge perlu memperbetulkan kesilapan lampau lalu mengajak Sam tinggal bersama sepanjang cuti, dan membina rumah idamannya... Bersama.

...........

"You're gonna spend the summer with me!"

"I'm having a problem with cancer."
"Sam. There was like 20 people working on your dad's house"




Life as a house.

I always thought of myself as a house. I was always what I lived in. It didn’t need to be big, It didn’t even need to be beautiful. It just needed to be mine. I became what I was meant to be.
I built myself a life... I built myself a house.

*****

Dec 5, 2010

Duit




What would you say to a girl who left you for a guy with money. 
You wouldnt say, "wish you luck there sweety". You know you will say "Fuck You".

-Bruno Mars
A Different Spin with Mark Hoppus | 21 Oct 10

Dec 2, 2010

Harapan Tahun Baru 1

Sebulan lagi, masuk tahun 2011. Wajib ada senarai azam tahun baru. Jadi,


   Tahun 2011. Aku nak jadi ganas macam ini



Eh, ni skema. Tapi nampak ganas jugak lah kan.




Ni ganas sikit. Ape? Tak cukup ganas?


My name is Coby Dick
Mr.Dick. If you're nasty.


Jacoby Shaddix.
Ganas kan?
2011, nak jadi macam ni lah. Hehe.

Dec 1, 2010

Cerita: Awi

   Awi keluar dari rumah dengan perasaan geram. Dia melangkah laju ke rumah nenek yang hanya 7 langkah dari rumah nya.

..........

   "Babah tengok cerita ape?"

   "Tah lah, Babah tengok je. Nah.. " Jawab Babah sambil menghulur alat kawalan jauh Astro. "Tukar la cerita ape-ape yang Awi nak nengok." Sambung Babah.

   "Babah bela Awi tiga beradik dari kecik, dah macam anak sendiri ..." Babah bermula bicara.
Nampak seperti akan ada perbualan serius petang ini. Terbawa-bawa dengan perasaan geram dari rumah, Awi tidak langsung menjawab. Tiada lawak-lawak biasa. Petang ini Awi serius.


   "Kalau mak kita sendiri dah tak percaya kat kita, walaupun kita dah berubah, tak boleh buat ape-ape lah. Awi kene tunjuk yang Awi dah berubah"

   Awi tersentak dengan kata-kata Babah. Babah seakan-akan tahu apa yang ada dalam hatinya. Memang dia dah berubah. Jauh berubah jika dibandingkan dahulu. Tapi ......

*****

  

Mengaji

Mood alim.

   Dari budak hingusan, dah berapa kali aku tukar cikgu mengaji. Sekarang, mengaji sendiri. Senang. Kalau salah,terus je. Bukan reti nak ulang balik bagi betul. Lepastu, tak ada jadual. Rajin, baca. Malas, tak baca.


   Sedia maklum, benda-benda baik ni jarang lah nak rajin. Kalau ada tukang ajar siap pegang rotan, bagus. Lagi best lepas mengaji, hidang goreng pisang. Lagi pula tukang ajar tu ada anak perempuan, lawa, Fuhh! berganda-ganda keseronokkan mengaji.

   Tapi tak pernah pulak dapat pengajar mengaji macam ni. Yang dapat cuma:


Tok Nek
Cikgu mengaji pertama. Masa tadika. Ada gigi emas sebatang. Aku pelajar paling cemerlang, pergi mengaji berlenggang-kangkung. Satu mukaddam aku hafal.
   Bila dah bosan baca benda sama hari-hari, malas pergi mengaji. Walaupun dapat upah.


Tok Ngaji (tak tau nama)
Selang dua rumah dari rumah Tok Nek. Dah naik Al-Quran. Baca biasa-biasa,bukan pelajar cemerlang lagi. Lepas mengaji, beli askem. Balik.
   Bosan.


Ami Salleh
Ajar macam tak ajar. Baca sehelai-dua, habis. Balik, beli ABC. Ada sekali ponteng mengaji, cakap dekat mak,pergi mengaji. Nasib tak baik,kantoi. Berhenti.


Nenek Ngaji
Cara ajar terbaik. Sekali ajar, 3 orang terus. Aku baca sebaris,langkah dua baris. Bila Tok Ngaji ni pandang, aku baca mcm biasa. Tak pandang, langkah dua baris. Kalau hardcore lagi, langkah lima baris.
Satu hari nenek tu tegur "Awak ingat tok tak perasan awak lompat-lompat ye". Lepas tu takde langkau dah. Kalau malas,tak datang terus. ;)

..........


   Darjah 5, lepas khatam & khatan, mengaji sendiri.

   Mengaji sendiri tu lebih kurang je dengan 'tak mengaji'. Tapi takde lah sampai tak belek langsung.

Nov 24, 2010

Raya

Intan Ladyana ada dalam TV3 petang-petang. Cerita Seribu Kali Cinta.

Intan Ladyana pakai baju kurung.
Kenapa dia pakai baju kurung. Dah nampak ayu sangat. Tak boleh lupa.

Intan Ladyana kena amnesia.
Kenapa dia hilang ingatan. Nampak baik, lurus & naif. Tak boleh lupa.

Intan Ladyana cakap slang utara.
Aaaa. Tak boleh lupa.
Sikit hari lagi boleh terbawa-bawa dalam mimpi ni. Bahaya.

Dialog Intan Ladyana : "Antara dua. Kamal Adli ke, Awi. Susah
nak pilih ni".
Rasa-rasa aku kena susun strategi nak tambat hati Intan Ladyana ni. Eawah!!
Intan Ladyana 1

Nov 21, 2010

Senarai Keinginan (Wishlist)

   Hujung Disember,aku belajar tempat baru. Kena lah ada barang baru sikit-sikit kan? Baru logik. Bukan hujung semester baru beli barang baru ye! ;) Cik Aisyah .
Ok! Kita mulakan dari atas.

1. Cermin Mata
Evisu
Skema. Secara otomatik nampak bijak, rajin & baik.

2. Beg
Nike Heritage SI Track
Boleh letak nota, laptop, oversized wallet dan lain-lain. Pakai beg ni dengan cirmin mata di atas, peluk buku nota tebal, jalan laju-laju. Gerenti nampak skema tahap 'darjah 1 tak kenal dunia kaki belajar 4 flat punye'.

3. Jam Tangan

Aisyah dah beli yang Brown Rabel. Nanti nampak 'sehati-sejiwa' sangat. Jadi, sebagai pilihan ke-2 adalah:


Yang ini aku dah mengidam dalam setahun lebih jugak lah. Belum pernah ada Casio G-Shock sejak kecil. Kalau Casio fx-570MS, banyak.

4. Kasut

Supra Stacks
The Stacks (Royal/Blue). Meleleh air liur kan? Sepatutnya duduk no. 1 dalam senarai. Paling dikehendaki!


Supra Bandit

Kalau Bandit ni ada sama warna dengan Stacks, aku beli Bandit.
..........

Ini pula barang yang rasanya belum mampu dimiliki walaupun dengan usaha keras.

1. Blackberry Torch

Tak perlu diperkenalkan. Kalau tak kenal juga, sila Google. Sebagai alternatif :

Sony Ericsson Vivaz Pro
Wah, Keypad macam Sony Vaio. Apa?! Kamera 8 megapiksel. Eh eh, boleh rakam video HD!.
Dah cukup canggih dah rasanya. Cuma tak cool lah tiada Iphone atau Blackberry. Hehe ;)

 

   Yang terakhir, sangat-sangat tipis harapan untuk dapat. Dah mengidam paling lama, dari umur 15. Sekarang 21. Masih tak dapat-dapat. Ini dia, hanya satu-satunya (the one and only) :

Honda Civic EF9
Bersegi & Ganas. Menggiurkan.
 Duduk diam dah nampak laju. :)



..........


 

   Itu saja wishlist aku. Anda bagaimana?



Nov 18, 2010

Raya Haji

20 Disember 2007

   Balik solat sunat Aidil Adha, makan. Bersiap balik kampung Seremban. Naik kereta, terus tidur. Separuh perjalanan, buka mata. Pelik, macam dekat Tangkak. "Nak ikut highway kot". Sambung tidur.

"Awi,bangun. Dah sampai" nada biasa.

Celik mata, "Ape buat kat Melaka Mall ni?" Aku tanya, nada luar biasa.

Adik aku jawab "Nak nengok wayang".

   Rasa macam malu, satu keluarga pergi tonton wayang (National Treasure:Book of Secrets).
Tengah hari & Raya Haji. Sungguh tak sopan. Haha

..........


2010

Tak pergi tonton wayang.
Habiskan masa di rumah. Makan, makan, makan, makan, makan (Ye! 5 kali makan).

Cuma sembahyang raya tahun ni pelik. Rakaat ke-2, imam tak angkat takbir 5 kali sebelum Al-Fatihah.
Lupa agak nya.

Nov 17, 2010

Kemahiran Hidup

2003

   Waktu rehat macam biasa. Bukan ke kantin, lepak belakang kelas. Sembang, mengarut. Nanti waktu belajar, baru ke kantin. Pelajar cemerlang mesti belajar banyak, otak ligat, perut lapar.

   Dari jauh nampak Proton Wira putih menyusur. Kereta Cikgu Mohidam, masuk ke perkarangan sekolah. Cikgu Mohidam megajar kemahiran hidup. Dia ada ladang nenas di Pontian dan pernah bawa sebakul nenas dengan kicap. Memang baik lah.
..........

   Seperti kanak-kanak riang, aku dan 3 kawan mengejar kereta Cikgu Mohidam sambil jerit,gelak,maki, lengkap semua. Kejar, kejar,kejar. Ketuk kereta. Cikgu main hon. Ketuk kereta. Cikgu main brek. Ketuk kreta lagi, cikgu pecut. Tak terkejar.

   Mat tiba-tiba diam lalu patah balik menghala ke tempat lepak,duduk.

"Hoi Mat. Jom pegi bilik KH!"

Tiada jawapan.

"Ko kenape dol? Tetiba je" aku tanya.

Mat juihkan bibir ke arah kasut.
Kasut dia putih melepak tapi ada kesan tayar kereta.
"Kaki kena lenyek" Jawapan ringkas Mat.


Nov 15, 2010

Anjing (Bahagian 1)

 "Weh, jom cari karo!"
  "Jom!" laungan semangat dari Jono.
..........

   
   Misi penjelajahan skuter bermula. Keluar dari pintu kolej. Tanpa arahan, terus menuju ke Serdang.


"Beb. Takde pon karo"
 "Alah. Mesti ade punye port dieorang celah-celah ni. Sabar,separuh dari iman"
"Takde lah, jom la pergi sane pulak"

   Seri Kembangan. Pusing kawasan South City Plaza, Equine Park, dan beberapa kawasan tak dikenali. Tiada apa-apa.



"Ni tempat cina, takde karo"
 "Alamak. Bosan la, boling jom. Warta!"
"Cun!"


   Sampai di rumah ke-2. Warta Bandar Baru Bangi. Lupa kan karo sekejap. Masa untuk bersaing.
Selesai main boling. Menang kalah belakang kira.  Macam biasa, penat bersukan, tekak rasa kering. Perut rasa lapar. Pergi pula ke mamak Hassan. Dulu seberang Hassan ni belum ada McD. Sekarang dah ada.
   Kenyang dah.


"Weh, boring la. Tadi kate ade karo"
 "Em, jom lah!"


   Bergerak ke kawasan perindustrian. Kawasan ni memang tiada apa. Tenang. Tiada orang langsung. Eh, ada seorang. Sedang duduk. Pegang tali anjing. Puas memerhati, tuan anjing seperti orang Indonesia. Anjing pula kecil, comel dan langsung tidak membahayakan.




Tapi tiba-tiba anjing kecil meluru, menyalak kecil. Terkam kaki! Ye, kaki!
Skuter bergerak seperti ular kena palu. Ke kiri, ke kanan. Laju, perlahan. Dalam 5 minit, anjing tersebut diam.



    "Weh, aku rasa aku kene gigit lah tadi"
     "Ye ke? Jom lah balik"

  ...........

   Sampai bilik, duduk atas katil masing-masing. Termenung. Termenung. Termenung.


 
"Weh,boring la balik. Ape barang. Jom cari karo!" sekali lagi laungan semangat dari Jono. Kali ini, die punya idea.
 "A.ah. Tak bujang la balik awal. Jom!"

p/s: "jom cari karo" adalah ayat yang dituturkan sewaktu bosan. Dengan lebih tepat, membawa maksud "boring lah,jom keluar".

Nov 14, 2010

Muzik

   Aku tak dengar muzik dari kumpulan yang pelik-pelik. Apa yang orang tahu, itu yang aku tahu. Adalah beberapa band yang aku minat. Kebanyakan main genre punk. Bukan punk ganas. Ini punk pop punye! Haha.
..........
Simple Plan



   Masa keluar dulu, memang menggila lah. Suara mcm teran-teran sikit. Memang aku minat lah muzik & gaya dia orang. Tiap-tiap malam walkman dekat telinga. Masa tu aku masih pakai kaset. Tahun 2003 lebih kurang.

   Satu hari aku dengar Simple Plan kembali dengan album baru. Ada kolaborasi dengan Timbaland. Pelik. Takkan lah Simple Plan nyanyi R&B. Buat kajian, imej terkini. Pierre ada tatu penuh di tangan. Sumpah aku doa harap-harap tatu tu tipu punye! Doa aku tak makbul. Haha.

Good Charlotte
   Seangkatan dengan Simple Plan. Gaya tak boleh tiru. Ingat lagi, sorang kawan internet aku pada masa tu, Najla tanya, "Ko dah nengok video clip GC, Hold On". Rumah aku tak langgan Channel V, MTV semua. Jadi aku tunggu klip video dia orang keluar dekat Hitz.Tv. Lambat.


   Sekarang muzik GC macam dah rock sikit. Pakaian pun dah berubah. Tak macam dulu punye!


   Aku masih lagi dengar lagu SP & GC. Bukan yang baru, tapi yang lama.

..........

Nov 6, 2010

Baru

   Alamat blog baru. Semua serba baru. Sempena Deepavali & Hari Raya Haji akan datang.

Aku ada import  beberapa entri daripada blog sebelum ni.
Langkah pertama aku dalam blog ni,  follow blog sendiri.
Kemudian, chat sendiri dekat 'kotak mengumpat' sebelah ni.


   Lepas ni, pembaca aku lah pulak yang follow & mengumpat di sebelah ni ye!


Selamat Datang Kawan!

Oct 20, 2010

Kasi

2003
Tingkatan 2 Agama 1

Cikgu Ramli: Ha, Awi. Mana buku kau?

"Em. Saye ingat cikgu belum kasi. Saya tanya budak lain, dieorang kata cikgu dah kasi. Rupenye, cikgu dah kasi"

"Kasi, kasi.. Aku kasi kau karang. Pergi duduk!" balas Cikgu Ramli.


Satu kelas bingung.

Oct 12, 2010

Roti Kosong

"Minum?" Tanya mamak.

Z: Teh tarik
Aku: Teh o suam

"Makan?"

Z: Roti kosong dua!
Aku: Nasi goreng ... ayam.

Geleng kepala. "Roti kosong.." Kata mamak.

Aku: Mi goreng.

Geleng kepala. "Roti kosong.." Kata mamak.

Z: Ade roti je kot.

Aku: Roti telur.

Geleng kepala. "Roti kosong.." Kata mamak.

Aku: Roti kosong.

Mamak: Dua?

Aku: Satu!

Oct 6, 2010

Pendek


   Kadang-kadang otak aku kreatif. Aku ada masuk pertandingan rekacipta, "Vibrator Stick" *bukan alat pemuas nafsu* dapat tempat ke-3. Jadi secara automatik, aku terpilih ke Kem Pendidikan Sains 2005 di FRIM,Kepong. Wakil Johor.


FRIM. Pinjam gambar.

   Teruja. Dirikan khemah. Sampai waktu solat,dalam banyak-banyak manusia, aku kena pilih jadi imam Asar. Kacang! Semua baca dalam hati, dao qunut pun takda.

   Ambil wudhu, solat, suruh bilal baca doa, salam, gerak.

"Imam. Sini. Kau ni jadi imam pakai seluar pendek ni,sah ke?" Tegur brader fasilitator.

"Bawah lutut" Aku jawab, terus jalan.



   Kalau ada 20 jemaah, kali 1kg dosa sembahyang tak sah. 20kg dosa free aku tanggung.

Sep 25, 2010

Obey Your Master

   Dekat rumah, kau orang kena lah dengar cakap mak ayah kan? Kena taat.

  Dekat sekolah pun sama. Kau orang kena dengar cakap cikgu. Ikut perintah.

  Yang dah bekerja, kena ikut peraturan kerja yang dah digariskan tempat kerja. Kena pulak dengar arahan majikan.

  Walaupun kau orang tak termasuk dalam golongan di atas, masih kena ikut perintah tuhan. Walaupun lagi banyak yang di langgar daripada yang di ikut.



Tapi kalau yang ni, macam mana nak kira?


Ya Tuan Harimau

Soalan: Mengapakah Barney dan Eeyore tunduk sujud kepada Harimau?

Jawapan: Barney dan Eeyore tidak mempunyai telur.


=)

Sep 17, 2010

Pasif

   Hari ni satu famili pergi beraya rumah Pak Cik Yem *pemandu van sekolah dulu*. Sembang-sembang, cerita pasal kami adik beradik.


"Awi ni pendiam. Tapi bile die sekali-sekali kenakan orang, terok"

"Bile orang bersukan,die duduk kantin. Bile orang bersukan, die duduk tepi padang"


   Dua ayat yang keluar dari mulut Cik Yem, pasal aku. Tepat 100%.

Sep 5, 2010

Kepala

Suatu hari dalam tahun 2000.

(Perbualan telefon)
UMI        : Ana,datang rumah ambik kelapa.
CIK ANA : Kelapa, besar mane? *mungkin*
UMI         : Ada lah besar-besar kepala si ....... *fikir nama anak Cik Ana yang umur 2 tahun,Pian*

ABAH : Besar kepala bana! *menyampuk*


AWI      : Abah,kepale bana tu ape?
ABAH   : Kepale anak firaun.
AWI      : Ooo. Ok

..........


Tahun 2008 baru aku tahu apa 'kepala bana'


Aug 27, 2010

"Indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang bersuka ria".

   17 Ramadhan.
Kurang lebih 13 hari ke Hari Raya. Apa yang lagi menarik dari pagi raya? Pakai baju raya, dengar takbir raya. Serta merta otak akan flashback kenangan raya lepas-lepas. Indah sangat-sangat. Tapi bagi aku,ada 1 benda lagi yang indah. Lagi indah dari collection duit raya yang mencecah rm500.



Nak tahu?


Ini dia.


Intan Ladyana. Hehe :)


Cair hati. Gugur jantung.

   Kau orang ambil lah Scha Al-Yahya. Kau orang ambil lah Lisa Surihani. "Takpe, aku tak kesah".

   Kepada Intan Ladyana & sesiapa yang merasa dirinya seperti Intan Ladyana, Selamat Berbuka Puasa ok! Puasa tahun depan, aku belanja berbuka. :)


  

Aug 20, 2010

Agama

Puasa-puasa ni bagus bercerita tentang agama. Tapi ini cuma cerita tentang Tandas Sekolah Agama.

   "Sekejap Yem,Awi dalam tandas". "Awi,cepat! Pak Cik Yem sampai".  Aku cepat-cepat keluar, masuk bas sekolah, pergi sekolah agama dengan tenang. Ini kebiasaan. Dalam kelas,boleh lah aku tumpu perhatian apa yang cikgu ajar.

   "Awi buang air kat sekolah lah, Umi terbangun lambat tadi". Aku cepat-cepat keluar, masuk bas sekolah, pergi sekolah agama kurang tenang. Ini kadang-kadang. Dalam kelas, berpeluh-peluh, nak tunggu bunyi loceng balik pukul 10:30 pagi tu, tersiksa.

Baju melayu sekolah agama biasa
   "Awi buang air kat sekolah lah, Umi terbangun lambat tadi". Aku cepat-cepat keluar, masuk bas sekolah, pergi sekolah agama dengan rasa benci. Ini pernah jadi sekali. Dalam kelas, berpeluh-peluh, aku bisik kawan sebelah "weh, jom pergi tandas".

   Bila cerita pasal tandas sekolah agama, gerun. Macam pergi perang. Perlu berhati-hati. Sampaikan dekat dinding pun ada periuk api *(najis).Ye! Sangat jijik*. Tapi, kali ini terpaksa. Dengan kadar segera, aku keluar. Tersenyum. "Weh, ape kat hujung belakang baju kau!". Jerit kawan aku *saja nak bagi satu sekolah dengar kot*. Benda-benda macam ni lah aku malas nak hadapi.
Baju melayu gaya ustaz-ustaz
dan gaya pergi solat raya

   Aku masuk kan baju dalam samping, jalan ke kelas dengan laju. Ada lah 2,3 ustaz panggil suruh keluarkan baju dari samping, aku buat-buat sombong.

   Sejak kes tu, bila mak aku bangun lambat, aku tak pergi sekolah. Bila Pak Cik Yem datang cepat, aku tak pergi sekolah. Bila aku malas pergi sekolah, aku duduk dalam tandas lama-lama. Alasan ponteng yang semudah A, B dan C.

Den toringat cito ni lopeh poie tandas kek pump station yang dikabakan tobaek dalam Nogori Sombilan, malam tadi.



Aug 16, 2010

Entri Selamat Datang

Selamat datang.





When you wanna give up, and your hearts about to break.
Remember that you're perfect, God makes no mistakes.

=)