Dec 29, 2011

Produktiviti


Ogos hingga Disember 2010, aku berjaya tulis 27 entri. 5 bulan, kira-kira 5 ke 6 entri untuk sebulan secara purata.

2011? 32 entri. Purata 2 ke 3 entri sahaja sebulan. Loko betul!

Tak produktif langsung.
Nak buat macam mana, sibuk sikit. 2011 bosan, nak recap balik pun macam tak ada apa-apa yang menarik.


Jumpa lagi ;)

Nov 7, 2011

Diam

   Aku tak suka karaoke tapi aku suka melalak sorang-sorang dalam kereta.

Balik dari McD

"Orang nak awak nyanyi"

"Tak pandai." Aku jawab.

   Jari menekan butang radio, cari lagu yang sesuai.
   Aku tekan, dia tepis. Disuruh fokus pada pemanduan.

       I'm the kind of man who shows concern, yes I do.
         Anyway that I can please you let me learn
         So I wanna know

         "Lagu ni, lagu ni. Lagu ni orang tahu." aku teruja.

Aku cuba ikut. Dari perlahan, semakin yakin, semakin kuat.

         Baby what I gotta do to please you.

Terdiam. Radio teruskan pusingan lagu.

        Baby everything you say I'll do
          Cause I only wanna make you happy
          From the bottom of my heart, It's true

Aku masih diam.

Dia diam

   Aku diam,  Kalau belum terlambat, ayat-ayat itulah yang aku mahu sampaikan kepada dia.

   Dia diam, aku tak tahu. Mungkin kerana aku diam. Mungkin fikirkan sesuatu. Mungkin ...

"Ahh, tukar lagu lain lah. Ambik kaset dalam tepat tu." Memecah kebuntuan.

Jerit. Serak. Ketawa. Gembira.
Tutup cerita.


Cerita dua bekas, bila jumpa.

Oct 21, 2011

Mengadu Domba

Aku perlu kau, tempat aku mengadu.
Aku nak cerita dekat engkau, semua masalah aku.
Engkau datang dekat aku, sedia untuk mendengar.
Tiba-tiba engkau lari.



Aku, sorang. Bertambah cerita untuk mengadu.
Tapi bukan pada engkau lagi.

Oct 19, 2011

Empat.

   Serius, aku perlukan seseorang yang:


1. Make it all better when I'm feeling sad
2. Tell Me that I'm special even when I know I'm not
3. Make Me feel good when i hurt so bad
4. Piece Me back together when I fall apart


Plain White T's
1,2,3,4

Aku nak seseorang itu, kau. Serius.

Oct 17, 2011

Ibu

A: Weh, baca ni.
B: M.O.T.H.E .. .. .. .. .. .. .. .. . Motherfucker.
A: Tau tak ape bende ni?
B: Tak, ape?
A: Ibu segala mencarut.
B: Wahhhhh. Cool gila!



IBU SEGALA MENCARUT WEHH!

Oct 15, 2011

Budak-Budak.

   Dulu sebelum tidur, kita main balas-balas sms. Tiba-tiba engkau tak balas. Aku rasa tak sedap, tak keruan.


Aku call, engkau jawab. Tak macam suara orang dah tidur pun.

"Credit habis ke?"

   "Tak lah, saje nak dengar suara awak."


Engkau sorang pernah buat benda macam tu dekat aku. Engkau buat sekali. Sekarang, dah hampir 6 tahun.

   Lama sangat engkau hilang.
   Jumpa sekejap, sempat luahkan macam-macam, kau hilang balik.


Seronok betul zaman bercinta budak-budak.

Oct 11, 2011

Kemaskini Pendek Tentang Projek Besar

   Serius lama gila tak update.

Dah naik semester baru.
Lain-lain, biasa.

    Ada projek baru yang aku & kawan aku nak buat. Insyaallah.

    Benda-benda biasa, tapi kita orang baru nak mula.

Sila beri sokogan!

Aug 18, 2011

Puasa.

   Lebih kurang sebulan tak ada entri baru.

   Lebih kurang setahun yang lepas, aku tulis entri ini.

..........


Selamat menjalani ibadah puasa.


Itu sahaja =)


Jul 16, 2011

Hari Jadi

Ucapan hari jadi, beserta kad ini ditujukankepada sesiapa yang memenuhi dua syarat ini;
   1. Lahir pada 19 Julai
   2. Mempunyai nama Aainaa
..........

Selamat Hari Jadi, termasuk Hari Jadi lepas-lepas yang tak pernah wish. Mungkin sebab terlupa, tak contact, begaduh, dan lain-lain. Semoga berjaya di hari-hari mendatang. Eawah! ;)


Sila buka.

From Awi, To every Aainaa in the world.

   Take care.

**********

P/s : Itu bukan tulisan aku.

Jul 5, 2011

Langit & Bumi

Bumi : Hai langit. Aku lagi elok dari engkau. Allah sediakan aku pelbagai negara, laut, sungai, tanaman, gunung.

Langit : Apa pulak, aku lagi elok dari engkau. Matahari, bulan, bintang, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada dekat aku. Kau ada?

Bumi : Haha. Di tempatku ada rumah kunjungan tawaf para nabi, utusan Allah, arwah para wali dan solihin.

Langit : Em...

Bumi : Takkan "em.." saja? Pemimpin para nabi bahkan penutup para nabi dan kekasih Allah, tinggal di tempatku. Wujud segala penghormatan kepadanya.

..........

   Langit tak dapat berkata apa-apa, mendiamkan diri, menghadap Allah.
"Ya Allah, engkau telah mengkabulkan permintaan orang yang ditimpa bahaya apabila mereka berdoa. Aku tidak dapat menjawab soalan Bumi. Aku meminta-Mu supaya Muhammad Engkau naikkan Kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

..........

   Dekat sekolah semua cikgu ajar apa maksud Isra' Mi'raj.
Terjadi peristiwa Isra' Mi'raj kerana Bumi berasa bangga dengan Langit.

p/s: Pengisian penuh berilmiah. Aku pun baru tahu asal terjadinya Isra' Mi'raj. :)

Jul 2, 2011

Stylo

Nak jadi stylo, tak susah. Tak payah fikir panjang mix & match pakaian.
Tak payah rujuk majalah, tak payah bazir duit.

   Simpan duit RM 10, beli saja dua benda ni.



Zaman sekarang, semua benda nak kena STYLO.

Jun 28, 2011

Durian

   Aku pun tak ingat, datuk dan nenek aku pergi mana. Yang aku ingat, malam tu dekat rumah ada Umi, dengan aku 3 beradik. Kakak aku mengada-ngada ajak sembahyang berjamaah.

   Tengah sembahyang, "kedebuk!". Bunyi durian jatuh. Rumah kampung, setakat pokok durian, depan rumah aja. Rasa macam nak lari capai lampu suluh, pergi cari durian. Baru bujang! Tapi tak boleh, tengah solat.

   "Assalamualaikum warahmatullah", pandang kanan.
   "Assalamualaikum warahmatullah", pandang kiri.


Dengan muka keliru bersuara, "Umi, tadi ada durian jatuh ke?"

   "A.ah, Epah dengar ada tadi masa sembahyang" Kakak aku jawab.

   "Awi tak dengar ke tadi?" Umi tanya.

Dengan muka beriman, aku jawab. "Tak dengar pun. Awi time sembahyang tak dengar ape ape, khusyuk"

..........

Masa 8 , 9 tahun. Alim-alim kucing. =P

Jun 22, 2011

Moodle

You know what your problem is?

   What?

You're a 'moodle'.

    A 'moodle'?

A man-poodle. Girl, they want to take you out on a walk. They want to feed you. They want to cuddle you.
But make no mistake, no girl wants to do the moodle.


She's Out of My League
2010

Poodle

Jun 17, 2011

Syukur

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah

Syukur
RAIHAN

Jun 13, 2011

Saya Rasa Vanilla

Kalau hari-hari makan Munchy's Romeo, muak jugak.
Tapi, aku ada penyelesaian.

Mari kita buat Vanilla Romeo, semudah 1,2,3.

Bahan-bahan nya. Romeo & aiskrim vanilla.


Sebelum keluarkan Romeo, picit-picit, ramas-ramas. Bagi hancur biskut coklat tersebut.


Tabur dalam semangkuk aiskrim vanilla.

Makan.

Sedap Dohhhhhh!

Jun 12, 2011

Romeo

Bas pelajar lelaki dah lepas. Jadi, aku dengan seorang kawan naik bas perempuan. Aku duduk dekat tangga bas, depan pintu, ambil angin. Ada perempuan yang jahat mulut panggil aku "Mat Romeo".

Aku bukan romeo, tak ada gaya romeo, tak ada bakat jadi romeo sebab aku pemalu. Haha!
  
   Sekali lagi,
   Ada perempuan yang jahat mulut panggil aku "Mat Romeo".

   Aku fikir-fikir dan minggu ni aku sedar memang aku Mat Romeo.

   Jangan salahkan aku.


Biskut Romeo dari Munchy's ni sedap!
RM2.20. 1 kotak ada 5. Memang tak cukup lah.

Saya berbangga menjadi Mat Romeo!

Jun 8, 2011

Roh Cyndi Lauper.

Dekat satu jam mengadap Ipod. Main game Jungle Crash Land, dah lavel 32.
Jam dah pukul 4, customer baru berapa kerat. Bosan.

   "Kena bukak kasut ke ni?"

Wah, pelanggan. Awek cun. Bertukar ke mood jiwang.
   "Eh, takyah bukak. Tak payah bukak kasut."

*Cyndi Lauper - Time After Time*
Lying in my bed I hear the clock tick and think of you.
Caught up in circles, confusion is nothing new.

    "Kertas ni satu berape?"

Time after sometime you pictured me.
I'm walking too far ahead.

   "Satu 3 posen." Dengan senyuman. :)

You're callin' to me.
I can't hear what you've said.

   "Nah. Terima kasih."

   "Sama-sama. Datang lagi."

Then you said, "Go slow, I fall behind"
The second hand unwinds

If you're lost you can look and you will find me.
Time after time.
If you fall I will catch you, I'll be waiting.
Time after time.

..........


"Kenapa lagu tak habis lagi?"
Eh, macam mana lah boleh terpasang lagu jiwang masa ada pelanggan.
Dah macam klip video.
Loko punya Ipod.

Jun 5, 2011

Friendster - Testimonial Geli Geleman.

Sebelum ni aku siarkan Friendster Testimonial dari kawan sekolah yang sudah berpindah, lepas tujuh tahun jumpa balik dan boleh lepak sama-sama.

   Sekarang, testi zaman belum matang. Dalam 4 ke 5 tahun lepas. Kelakar. ;)

Facebook boleh ke buat bear macam ini? :P
Boi? Asam boi?
Bie?
Baby, baby, baby ohhhhh!
Baby, baby, baby yeahhh..

   Kelakar kan?
   Comel pun ada. :)

..........

   Aku malas nak letak contoh-contoh testimonial yang aku pernah bagi dekat orang lain. Dengan tulisan kECiK beSar KeCik BeSAr, ejaan yang bukan-bukan, tentu kena kutuk gila-gila. Haha :D

Jun 3, 2011

Friendster

   Terdengar ura-ura yang Friendster akan bersihkan akaun, dengan kelajuan kilat, aku pun ambil semua gambar yang ada di Friendster. Tiba-tiba 'ter' rajin nak baca satu-satu testimonial yang ada. Ada beberapa yang menarik perhatian.

Dari Aisyah :)


2007 - "when will i have da chance to meet u??!!"
Aku patut jawab : "2010" ;)

Kawan baik.

Masa kemalangan skuter.
Aisyah akan jadi Doktor 2 tahun lagi. Doktor Haiwan ;)

2010, 3 tahun lepas tu. Friendster tu apa? Facebook tahu lah. Haha


Lebih kurang ja Friendster dengan Facebook ni.
Connecting People :)

..........

   Lepas temuduga, tak tukar pakaian, terus pergi makan. Dah macam baru balik kerja, masa tu. ;)

May 28, 2011

Anjing (Bahagian 2)

Ogos 2008  

   Kalau duduk dekat Melaka, malam mesti tak bosan langsung. Dah puas jalan kaki satu Bandar Melaka. Sri Teratai Disko Dangdut pun dah masuk. Masa untuk balik.

   Tempat tidur, rumah tumpangan Cheng Ho di Jonker Street, memang betul-betul value for money. Murah, ada penghawa dingin, ada peti televisyen bersaiz besar. Katil saiz queen, empuk, macam katil orang kahwin pula. *rasanya lah*

..........

Jono : Ape bende balik!  Tak bujang la.

Awi   : Nak pegi mana lagi. Semua pon dah tutup ni.

Jono : Jom tengok kawasan belakang tu. Mana tau ada karo.

Awi   : Ye ke? Jom jom jom.

..........

Jalan...

Jono : Doh, anjing. Anjing!

Awi  : Mane? Mane?


Kalau anjing comel macam ini, aku tak lari.
Tunggang terus.


   Jono pusing, terus lari. Aku ikot lari, seiringan dengan Jono.

Jono yang kuat bersukan makin ke belakang. Mungkin kerana momentum, larian aku semakin laju, Padahal Jono tiga kali lebih ringan dari aku.

Jono semakin  perlahan, perlahan, tertinggal di belakang.

*bunyi benda jatuh, tin kemik & alarm kereta* & *bunyi anjing menyalak, bukan seekor, tapi ramai*

..........

Jono : Tolong aku dol! *anjing menyalak*

Awi   : *dalam hati* Nak buat macam mana ni?! *anjing masih menyalak*

..........

   Bunyi anjing makin perlahan. Aku dah berhenti lari, pandang belakang.

   Jono berdiri atas kereta, keliling kereta ada dalam lima ekor anjing. Anjing beredar.

Aku gelak.
Jono turun, jalan ke arah aku, dia gelak.
Sama sama gelak.


Awi   : Bijak gila kau naik atas kereta. Aku ingat kau dah kena gigit!

Jono : Haha. Laju beb ko lari!

Awi  : Panic punya pasal. Haha.

.....

May 27, 2011

Cerita Orang

Muzik : Alif Satar - Cukup Indah

"Besok awak pakai baju apa?"

   "Baju pink, seluar hijau muda, topi kuning, kasut oren"

"Macam bangla"

..........


"Awak dekat mana?"

   "Dekat KLCC, dengan family."

"Nervous lah"

..........

"Hai."  =D

   "Hai."  =D *speechless*

...........

Lupakan.
Padam.
Kuat.
Move on. Move on. Move on.

May 16, 2011

Bercinta



"Berdua, bukan semesti bercinta."

May 2, 2011

Telan Rasa



By the moment I take a deep look into your eyes
I know you just fake it for the benefits
It hurts so bad, yet so good
Don't messed around with my mind
Don't messed around with my love

Ku telan rasa kemyuskilan
Aku pernah jatuh sekali
Nampak gaya nak jatuh lagi

Aku memang suka begitu
Jangan jadi macam aku
Hatiku senang digadai senang dirompak

Otam
Ku Telan Rasa

Apr 30, 2011

Padam

Aku benci kena tipu. Aku tak suka dipergunakan. Jadi, engkau aku delete.

;)

Apr 7, 2011

Meoww

Kucing Stesen Petronas.
Uni. Teknologi Petronas (UTP)
Tronoh, Perak.


Kucing Kedai Haiwan, Batu Gajah. Perak.


Kucing Kolej Teratai,
UiTM Seri Iskandar. Perak.


   Kucing-kucing yang aku jumpa. Gelagat kucing buat aku senyum dalam hati.
Senyum ikhlas, tenang sekejap.

Mar 31, 2011

Ganda Dua

Forgiveness is the fragrance the violet sheds on the heel that has crushed it.
-Mark Twain

But,


Forgiveness is a funny thing. It warms the heart and cools the sting.
-William Arthur Ward



   Susah nak maafkan aku kan?
   Terima kasih. Kawan.

   Sekarang aku tenang.


Mar 26, 2011

Malaikat Syurga

Separuh perjalanan lagi, sampai ke Syurga Aku.
Malaikat 8 dekad tunggu dengan sabar.
Jaga aku dari kecil sampai besar.
Ajar aku macam-macam perkara baik.

Syurga Aku, buat aku rasa tenang.
Malaikat Aku, buat aku rasa senang.
Semua benda aku dah harungi.
Lain-lain aku tak peduli.

Tak nak lihat Malaikat Aku pergi.
Akan aku pergi sekali.
Syurga Aku tinggal begitu.
Orang lain ganti aku.


p/s: Babah sorang dalam dunia ni yang sayang aku. Aku yakin.

Mar 23, 2011

Tolak

"I chose to love you in silence, for in silence I find no rejection. I chose to love you in your loneliness, for in your loneliness no one owns you, but me."

Mar 1, 2011

Bali

Dah dua minggu tak update blog.

Aku pergi Bali... Dalam minda, diterjemahkan ke lukisan. =)


Separuh jalan.


Siap.

    Projek 2 - Lukisan Bali.

Aku ingat nak buat lukisan abstrak. Tapi tak jadi. Malam ni kena lah Redo. Binatang pelik dalam lukisan tu adalah kura-kura berkepala burung. Haha.

Feb 10, 2011

Tukul & Paku

   "Awi, kamu ni macam tukul & paku. Sekali ketuk,masuk. Lepas tu, ketuk lagi."
-Cikgu Zanariah


   "He that is good with a hammer tends to think everything is a nail."
-Abraham Maslow

..........

   Selalunya, memang kena ada orang push, baru aku buat kerja dan aku memang suka pertahankan diri bila kena kritik. Kalau tak menjawab depan-depan, jawab dalam hati.

Oh, ini perangai dari kecil. Dah sebati dalam diri.

  


   Macam mana nak ubah?

Feb 5, 2011

Cuti Semester Amat Seronok....

 ....masa belajar dekat UNITEN dulu.

    Sabtu Ahad wajib balik. Bukan hari minggu pun, kalau rasa nak balik, terus balik. Setakat mid-sem break, dah tak rasa apa. Masa cuti, kalau rasa malas duduk rumah, gerak Bangi. Kira cuti tu tak beharga.

..........

   Sekarang. Tak seronok!
Cuti pertengahan semester, yang pertama kali dekat sini, baru habis. Masa nak balik kampung, memang excited. Rasa macam duduk luar negara, nak balik beraya.

   Tapi, kampung banjir. Bandar semua tutup. Segala plan nak buat itu ini semua tak jadi. Assignment pun banyak yang tak berusik. *bukan sebab malas.Kedai tutup,barang tak boleh beli*

Banjir hari pertama.
Hari ke-2, air naik separuh kedai.
    Memang betul-betul turned off.

Balik UiTM Perak awal dua hari.
Takpe. Cuti semester Mei - September nanti, aku balas dendam. Cuti sakan!



*Gambar diambil dari FB kawan.

Feb 3, 2011

Bodoh

   Manusia bodoh adalah manusia yang tidak pernah belajar dari kesilapan.


Kau belajar dari kesilapan?

Jan 25, 2011

Ipoh

Tarikh : 24 Januari 2011
Destinasi : Bandar Lama, Ipoh. Perak.
Masa : 11 Pagi - 5 Petang

Sekumpulan pelajar senibina berbakat


Usang


Daun

Pensil

Lorong

Wati


Balik
   Trip yang amat letih, tapi sangat seronok.