Dec 27, 2010

Permulaan Baru

    Lepas SPM, aku dapat matrik. Dekat Melaka. Seumur hidup, tak pernah nampak datuk aku sedih. Pagi tu lain. Masa aku salam datuk aku, dia menangis. Sorok-sorok. Aku perasan. Aku buat relax.

   Dalam kereta, air mata aku keluar tak berhenti. Separuh perjalanan aku menangis. Aku tahu datuk aku sedih tak dapat hantar aku ke matrik. Aku sedih dia tak dapat ikut, lagi sedih tengok dia menangis.

1996. Naif.
   Hari ke-2 dekat matrik, kakak aku SMS. "Awi, Abib masok hosp. Abah otw amek Awi balek. Awi pergi isi borang berhenti matrik, masuk uniten". Kebetulan dapat tawaran buat foundation di Universiti.

..........

  Habis peperiksaan akhir, balik rumah. Datuk aku tak sihat. Boleh jalan, boleh makan, semua boleh. Tapi tak aktif. Kalau dulu hisap rokok 2 kotak sehari, kali ni hisap setengah batang, dia padamkan api rokok sambil cakap "rokok ni tawar".

   Lima hari aku tidur sebelah datuk aku. Hari ke-5 datuk aku bangun sebelum subuh. Mulut dia asyik cakap "badan tak sedap". Aku sembang dengan datuk aku sambil mak aku buat apa yang patut, ambil air. Buatkan susu.

   Datuk aku bangun, duduk atas sofa. Nenek aku baca ayat sikit-sikit sambil tanya datuk aku. "Aku nak baring dekat tengah rumah" Datuk aku cakap. Dia aku betul-betul tak larat. Air mata aku dah berjurai-jurai, aku angkat datuk aku ke tempat yang dia nak baring.

   Aku dan adik bacakan yassin. Lagi 3 ayat sebelum habis bacaan aku, datuk aku menghembuskan nafas yang terakhir.

..........

   Sambung ijazah, juga di universiti yang sama. Selama ni setiap keputusan peperiksaan, datuk aku orang pertama yang tanya. Bila datuk aku pergi, aku dah tak risau. Tak risau dengan apa-apa. Fokus hilang. Semester 2, aku ambil keputusan berhenti.

..........

   "Abib. Besok pagi Awi pergi Perak. Kali ni, Awi takkan main-main. Ini permulaan baru Awi"


7 comments:

YOUsoF said...

Papepun.. Buat yang terbaik Wi!!

Ade style lah gamba tu.. ;D

AWI said...

;) thnx beb..

PC1667 said...

Cerita your datuk sangat sedih :( By the way, all the best for a new start ;)

AWI said...

Thnx :)

dek_mimie said...

huuuuuu....
wat a storyy...

AWI said...

Real story.

Anonymous said...

='(
be strong!
do ur very best & make ur grandpa proud!