Nov 21, 2010

Senarai Keinginan (Wishlist)

   Hujung Disember,aku belajar tempat baru. Kena lah ada barang baru sikit-sikit kan? Baru logik. Bukan hujung semester baru beli barang baru ye! ;) Cik Aisyah .
Ok! Kita mulakan dari atas.

1. Cermin Mata
Evisu
Skema. Secara otomatik nampak bijak, rajin & baik.

2. Beg
Nike Heritage SI Track
Boleh letak nota, laptop, oversized wallet dan lain-lain. Pakai beg ni dengan cirmin mata di atas, peluk buku nota tebal, jalan laju-laju. Gerenti nampak skema tahap 'darjah 1 tak kenal dunia kaki belajar 4 flat punye'.

3. Jam Tangan

Aisyah dah beli yang Brown Rabel. Nanti nampak 'sehati-sejiwa' sangat. Jadi, sebagai pilihan ke-2 adalah:


Yang ini aku dah mengidam dalam setahun lebih jugak lah. Belum pernah ada Casio G-Shock sejak kecil. Kalau Casio fx-570MS, banyak.

4. Kasut

Supra Stacks
The Stacks (Royal/Blue). Meleleh air liur kan? Sepatutnya duduk no. 1 dalam senarai. Paling dikehendaki!


Supra Bandit

Kalau Bandit ni ada sama warna dengan Stacks, aku beli Bandit.
..........

Ini pula barang yang rasanya belum mampu dimiliki walaupun dengan usaha keras.

1. Blackberry Torch

Tak perlu diperkenalkan. Kalau tak kenal juga, sila Google. Sebagai alternatif :

Sony Ericsson Vivaz Pro
Wah, Keypad macam Sony Vaio. Apa?! Kamera 8 megapiksel. Eh eh, boleh rakam video HD!.
Dah cukup canggih dah rasanya. Cuma tak cool lah tiada Iphone atau Blackberry. Hehe ;)

 

   Yang terakhir, sangat-sangat tipis harapan untuk dapat. Dah mengidam paling lama, dari umur 15. Sekarang 21. Masih tak dapat-dapat. Ini dia, hanya satu-satunya (the one and only) :

Honda Civic EF9
Bersegi & Ganas. Menggiurkan.
 Duduk diam dah nampak laju. :)



..........


 

   Itu saja wishlist aku. Anda bagaimana?



7 comments:

bom said...

1. haha.tau tak kawan org pakai spec cmtu + the exact same nike bag. mmg nampak skema ohhh~

2. beli je la purple rebel!!mengada~

3. jom sama2 beli blackberry. boleh BBM dengan percuma :)

4. beli honda CRV laaaa ^__^

5. SUKA HATI ORANG LA NAK SHOPPING BILA PON~ ;] awal sem, tengah sem, akhir sem, kita haruslah shopping tiap masa! haha~ :D

AWI said...

Haha. Sape kawan tu. Tersame taste pulak. ;P

bom said...

bukan tersama taste, tersama nerdddd~
hihi~

Anonymous said...

lelaki ini nmpk sgt high taste..
nie berangan ke mmg dpt duet terpijak?

AWI said...

Berangan sahaje. Tapi mane tau 25 Dec ni Santa Claus datang bg hadiah. Tak pon toothfairy letak bawah bantal.

bom said...

Anonymous : awak patut berjumpa dgn gf lelaki ini. lagi berkali ganda high taste.

dek_mimie said...

aiii.. semua ada.. nie ruma mana??